Get Malaysian Business Online

>> Tuesday, April 9, 2013

Get Malaysian Business Online adalah satu program di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di mana kerajaan Malaysia (diumumkan melalui pembentangan Bajet 2013) akan memberikan geran RM1,000 kepada 50,000 usahawan 'bagi melonjakkan perniagaan dengan meningkatkan jualan atas talian'. Tawaran ini terbuka sehingga 31 Disember 2013 atau sehingga cukup jumlah maksimum 50,000 pemohon. Yang mudahnya, tidak perlu tulis proposal atau laporan bagi memohon.

Syarat-syarat kelayakan permohonan:

i. Warganegara Malaysia dengan keutamaan kepada wanita yang berumur di antara 18-65 tahun;
ii. Pendaftaran/Lesen Perniagaan/Syarikat;
iii.Pendaftaran nama domain (.my) atau (.com.my) atau (edu.my) atau (net.my) atau (org.my) dan laman sesawang yang aktif;
iv. Langganan kepada perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar atau ahli berdaftar dengan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M)
v. Mempunyai akaun bank tempatan atas nama usahawan/perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan
vi. Keutamaan kepada usahawan mikro-jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 10 orang atau pendapatan tidak melebihi RM 200,000 setahun.

Mohon secara online di  https://gmbo.skmm.gov.my/

Bisnes kecil saya memenuhi kesemua syarat, kecuali yang ketiga (saya masih di domain percuma blogspot).

P/S: Not related to this post, but I personally don't quite dig the term 'atas talian' or 'dalam talian' to mean 'online'. It's too literal and it doesn't sound catchy. I think we should go for terms that reflect the meaning, or totally new word or a new word resulting from a combination, for example 'dalian' hihi. Any idea?

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP