I vote for content with values

>> Friday, April 26, 2013

Ada di antara kita yang mengeluh tentang genre filem tempatan yang diterbitkan, tidak menepati selera dan kehendak kita. Balik-balik cerita hantu, cerita gengster/rempit, cerita cinta. Bagi saya, filem-filem bergenre sebegini berterusan diterbitkan, kerana mereka memang ada peminat tersendiri. Dengan kata lain, filem-filem ini memang berupaya memberi pulangan kepada penerbit. Namun, harus diingat, kelompok pengguna yang menonton filem di pawagam hanyalah satu subset kecil daripada keseluruhan pengguna yang menonton filem. Ramai sahaja penonton filem yang tidak pergi ke pawagam, atas banyak sebab, antaranya prinsip peribadi tidak mahu ke pawagam (dikaitkan dengan budaya kurang baik), lokasi pawagam jauh (tidak convenient), sukar mencari masa, tidak family-friendly (tidak sesuai bawa anak-anak kecil) dan pelbagai lagi.

Pada pendapat saya, sudah tiba masanya bagi satu saluran pengagihan (distribution channel) yang baru diwujudkan, bagi membolehkan lebih ramai pengguna, memilih corak pengisian with (content) yang mereka mahukan. Namun, pada zaman internet ini, seharusnya peluang bagi pengguna 'memilih dengan poket' (voting with their wallet) terbuka lebih luas dengan cara video streaming. Dengan bertambahnya permintaan pengguna untuk 'hiburan bermanfaat', saya mengharapkan lebih banyak 'content with values' akan diterbitkan dan seterusnya dapat membangunkan masyarakat.

Begini cadangan saya:
  • Bangunkan portal untuk streaming video content, boleh jadi filem, telemovie, drama bersiri, filem pendek mahupun animasi. Penerbit kekal sebagai owner kepada content ini, bukan pemilik portal membeli hakcipta. Portal ini hanya bertindak sebagai platform pengagihan.
  • Portal dibangunkan oleh sekumpulan individu (syarikat) yang independent, iaitu bukan mewakili kepentingan mana-mana penerbit atau saluran televisyen. Mereka haruslah jelas dengan matlamat membangunkan masyarakat sebagai salah satu misi, oleh itu mereka bertindak sebagai gatekeeper atau panel penilai dalam menyaring video yang selari dengan matlamat ini.
  •  Platform ini dibuka bukan sahaja kepada penerbit 'tradisional'/besar/established tetapi juga kepada penerbit amatur/independent. Namun, pemilik portal harus bertindak sebagai penapis yang memastikan hanya content berkualiti yang ditawarkan kepada pengguna (bagi memelihara kepercayaan pengguna), dan penerbit pula harus sedar risiko kewangan yang diambil sekiranya menerbitkan sesebuah content tanpa jaminan sama ada ia bakal diterima oleh pengguna atau tidak.
  • Portal ini tidak perlu dijenamakan sebagai Islamik, cukuplah sekadar 'content with values'. Isi kandungannya tidak semestinya perlu berkenaan Islam tetapi juga memberikan pilihan video yang mempunyai pengajaran yang baik. Maka, pasaran pengguna yang disasarkan tidak terhad, malah terbuka. Saya percaya ramai kelompok komuniti di luar sana yang sukakan content yang membina.
  • Portal ini bersifat capaian global. Content berasal dari banyak negara, pengguna juga dari serata dunia.
  • Harga murah. Sebagai contoh, Netflix menawarkan streaming tanpa had (unlimited hours) dengan bayaran subscription sebanyak 8 dollar sebulan sahaja. Bandingkan ini dengan harga tiket pawagam di USA lebih kurang 8-10 dollar. Jadi, sebagai pengguna, saya secara peribadi berasakan RM10 bagi setiap filem lebih kurang dua jam adalah harga yang munasabah. Namun, tidak dinafikan Netflix mempunyai kelebihan capaian pengguna yang lebih ramai, namun ini juga tidak mustahil sekiranya target audien tidak dihadkan kepada Malaysia.
  • Sistem unlimited hours mungkin sedikit kurang bersesuaian dengan konsep 'penerbit sebagai owner, portal cuma sebagai saluran', jadi pay per content mungkin lebih sesuai. 
  • Portal boleh mewujudkan sistem kredit bagi mengurangkan jumlah transaksi, contohnya, minimum topup RM50 yang boleh digunakan pengguna apabila dia memilih content untuk streaming.
  • Portal dibina dengan memasukkan elemen media sosial di dalamnya. Pengguna yang mendaftar sebagai user boleh memberi rating dan review kepada content, berinteraksi di ruangan forum bagi membincangkan content, memberi recommendation, malah memberi cadangan cerita atau plot kepada penerbit. Komunikasi dua hala yang menjadi kelebihan internet dan tidak ditawarkan oleh medium tradisional, menjadi kelebihan yang harus dimanfaatkan, termasuklah menggunakan 'crowdsourcing'. Malahan, penerbit juga mempunyai opsyen bagi mendapatkan sokongan kewangan melalui 'crowdfunding'.  

Saya rasa, suasana sudah semakin kondusif bagi mewujudkan portal ini:
  • Infrastruktur dan teknologi tersedia, termasuklah capaian jalur lebar yang lebih meluas dan peratusan penggunaan gajet pintar (smartphone & tablet) yang tinggi
  • Budaya dan gaya hidup semakin cenderung memilih internet sebagai medium kerana lebih fleksibel dan mudah - di mana sahaja, bila-bila sahaja.
  • Internet meliberalisasi banyak industri, merendahkan 'barrier of entry' bagi penggiat atau pengamal, dan memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna.
  • Ramai artis dan penggiat industri seni tanah air yang telah berhijrah. Maknanya, kita sudah ada bakat tersedia bagi melahirkan content berkualiti.
  • Sudah banyak filem pendek yang dihasilkan oleh penerbit amatur yang bagus dan menarik. Sesetengahnya dihasilkan bagi tujuan berdakwah. Dengan adanya platform bagi memasarkan content terbitan mereka, ia akan menjadi insentif bagi mereka meningkatkan lagi tahap mereka.
  • Banyak juga usaha bagi memartabatkan dan meningkatkan industri filem dan drama dakwah tempatan, contohnya program realiti 'Da'ie Script2Screen' yang bakal diterbitkan dan Pertandingan Filem Pendek Dakwah (kedua-duanya saya tahu daripada penulis skrip Zabidi Mohamed). Anugerah Media Islam Negara (AMIN) pula elok diadakan setiap tahun. 

Sedar mahu pun tidak, kita dipengaruhi oleh media yang kita consume - sama ada yang kita baca, dengar mahu pun tonton. Selama ini kita mengimport budaya daripada Hollywood, Hong Kong, Bollywood, dan akhir-akhir ini banyak juga daripada Korea, Indonesia, dan Filipina. Sudah tiba masanya kita mengeksport budaya kita (yang baik-baik) pula ke luar, insya-Allah.

Read more...

Cadangan buat SPR

>> Sunday, April 14, 2013

Ini adalah cadangan pendek yang saya hantarkan melalui borang aduan/maklumbalas dalam laman web Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia menjelang pilihan raya umum ke-13. Harap-harap ia dibaca dan dipertimbangkan.

"Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya ingin mencadangkan agar SPR memudahcara satu laman web yang memuatkan biodata/CV, manifesto dan video ucapan 5 minit bagi setiap calon yang bertanding sama ada di peringkat DUN atau parlimen, bagi memudahkan setiap pengundi mengenali mereka sebelum membuat undian. SPR boleh memberikan garis panduan format dan mengarahkan setiap calon menghantar maklumat ini pada 27 April (misalnya). Terima kasih."

Read more...

Get Malaysian Business Online

>> Tuesday, April 9, 2013

Get Malaysian Business Online adalah satu program di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di mana kerajaan Malaysia (diumumkan melalui pembentangan Bajet 2013) akan memberikan geran RM1,000 kepada 50,000 usahawan 'bagi melonjakkan perniagaan dengan meningkatkan jualan atas talian'. Tawaran ini terbuka sehingga 31 Disember 2013 atau sehingga cukup jumlah maksimum 50,000 pemohon. Yang mudahnya, tidak perlu tulis proposal atau laporan bagi memohon.

Syarat-syarat kelayakan permohonan:

i. Warganegara Malaysia dengan keutamaan kepada wanita yang berumur di antara 18-65 tahun;
ii. Pendaftaran/Lesen Perniagaan/Syarikat;
iii.Pendaftaran nama domain (.my) atau (.com.my) atau (edu.my) atau (net.my) atau (org.my) dan laman sesawang yang aktif;
iv. Langganan kepada perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar atau ahli berdaftar dengan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M)
v. Mempunyai akaun bank tempatan atas nama usahawan/perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan
vi. Keutamaan kepada usahawan mikro-jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 10 orang atau pendapatan tidak melebihi RM 200,000 setahun.

Mohon secara online di  https://gmbo.skmm.gov.my/

Bisnes kecil saya memenuhi kesemua syarat, kecuali yang ketiga (saya masih di domain percuma blogspot).

P/S: Not related to this post, but I personally don't quite dig the term 'atas talian' or 'dalam talian' to mean 'online'. It's too literal and it doesn't sound catchy. I think we should go for terms that reflect the meaning, or totally new word or a new word resulting from a combination, for example 'dalian' hihi. Any idea?

Read more...

Lukisan kaligrafi khat

>> Monday, February 11, 2013

Semenjak berpindah ke kediaman sendiri lebih setahun yang lalu, saya mengidamkan sebingkai lukisan kaligrafi khat bagi menghiasi ruang tamu. Karya-karya di galeri seni khat memang tidak mampu saya beli kerana harganya yang tinggi. Ada rakan memberitahu di Indonesia saya boleh dapatkan lukisan dengan harga yang murah, tetapi saya belum ada perancangan hendak ke sana. Mujurlah, ada Encik Google yang membawa saya ke laman Lukisan Kaligrafi Murah.

Setelah beberapa ketika melihat-lihat contoh lukisan yang dipaparkan, saya memilih satu yang berkenan di hati dan menghubungi artis lukisan kaligrafi, Cikpuan Zainab Desa bagi membuat tempahan. Dia amat  sabar melayan pertanyaan-pertanyaan dan permintaan saya. Lukisan saya disiapkan minggu lepas, dan disebabkan rumah saya tidak jauh dari tempat beliau, Cikpuan Zainab sudi menghantarkannya sendiri. Saya amat gembira melihat dan memegang hasil karyanya yang amat cantik - Alhamdulillah! Pilihan corak bunga yang berwarna-warni bakal menceriakan ruang tamu saya, insya-Allah :)


Saya dan Cikpuan Zainab (kanan) bergambar bersama lukisannya. Saya memilih kalimah 'Lailaha illallah Muhammadan Rasulullah yang bermaksud 'Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad Pesuruh Allah.'

Saya secara peribadi memang berminat dengan kedua-dua elemen seni dan khat (terutamanya khat), jadi saya mengambil kesempatan untuk mendapatkan cerita terus daripada Cikpuan Zainab. Dia dahulunya bertugas sebagai seorang 'IT programmer'. Turning point dalam kerjayanya adalah apabila rakannya mengajak dia pergi bersama ke sebuah galeri seni bagi meninjau karya-karya yang dipamerkan di situ. Dia dan rakannya amat terkejut melihat julat harga yang amat tinggi. Mereka lekas beredar. Dia menerima permintaan rakannya untuk cuba melakarkan lukisan kaligrafinya sendiri. Dia sendiri pun meminati seni sejak kecil lagi, walaupun tidak pernah mendapat latihan secara formal. Cubaan pertamanya berjaya. Apabila dimuatnaik dalam blog pula, dia menerima banyak pertanyaan mengenai karyanya, jadi dia pun mula mengambil tempahan dan menyiapkannya pada masa lapang.

Permintaan semakin banyak dan Cikpuan Zainab tidak menang tangan menyiapkan tempahan pelanggan-pelanggannya. Pada tahun 2010, dia nekad berhenti kerja dan menumpukan sepenuh masa menghasilkan karya seni lukisan kaligrafi. Selain melalui blog, Cikpuan Zainab juga memaparkan karya-karyanya dan mengambil tempahan melalui laman Facebook. Dia juga telah dijemput sebagai tetamu di beberapa rancangan televisyen contohnya Wanita Hari Ini bagi memperkatakan tentang hasil seninya dan membuat sedikit demonstrasi.

Cikpuan Zainab mengambil masa antara dua ke empat hari bagi menyiapkan setiap tempahan, bergantung kepada ilham dan 'mood' sewaktu melukis dan mengecat. Ada masanya dia terpaksa berbincang dengan pelanggannya bagi mengatur jadualnya sekiranya terdapat banyak tempahan pada satu-satu masa. Saya bertanya, pernahkan dia mendapatkan bantuan bagi menyiapkan lukisan. Ujar Cikpuan Zainab, "Saya pernah memberi satu tugasan kepada seorang pelukis yang datang kepada saya dan menawarkan khidmatnya, tetapi akhirnya saya buat kembali tempahan tersebut kerana tidak berpuas hati." Tangan berbeza, hasilnya pun berbeza (tetapi tidak semestinya kurang baik).

Perancangan Cikpuan Zainab pada masa hadapan, adalah untuk membuka galerinya sendiri. Saya bertanya, "Adakah cikpuan akan menaikkan harga karya-karya cikpuan?" Jawabnya, "Harga akan naik sedikit, tapi tidaklah sampai jadi terlalu tinggi." Ujarnya lagi, dia komited mahu mengekalkan harga karyanya pada tahap mampu milik. Apabila ramai mata yang dapat melihat dan membaca tulisan-tulisan khatnya, dia mengimpikan saham pahala. Insya-Allah.

 

Satu lagi karya yang amat saya sukai. It's so brilliant and vibrant! Mungkin untuk tempahan berikutnya, insya-Allah.

 Kisah Cikpuan Zainab menjadi contoh yang membuktikan internet telah meliberisasikan banyak perkara dengan menjadi 'orang tengah' yang efisyen. Semoga lebih ramai individu tampil menawarkan khidmat dan bakat yang mereka ada bagi memenuhi keperluan dan permintaan masyarakat. Buat Cikpuan Zainab yang saya kagumi dan hormati, terima kasih dan semoga terus berjaya dalam lapangan yang dipilih ini!

Read more...

Food harvest

>> Wednesday, January 23, 2013

Today, I discovered OzHarvest organisation (based in Australia), who 'collect and distribute excess food at no cost to the food donor or the recipient charity.' What an amazing idea! I've often thought about it's a good act for commercial food outlet to donate their excess food to people in need of food, and I know there are organisations that organize soup kitchen for the homeless etc, but combine the two - you have it!  I quote the webiste "OzHarvest believes that good food should not go to waste. In fact, by distributing it to those in need, we turn excess food into a resource and save thousands of kilograms of food from being dumped as landfill each year." I love it! They have rescued 15 million meals from going to landfills.

Here are some more info (copied and pasted from 3 different pages) on this organisation taken from their website:

"They offer to take food from:
Cafe
Supermarket
Caterer
Function centre manager
Tourist operator
Hotelier
Food wholesaler
Retailer of food
Restaurant owner
Deli owner or
Other food provider

OzHarvest provides food to over 260 charities across Sydney and Wollongong,55 in Newcastle, 47 in Adelaide and 22 in Brisbane. These charities provide support to many individuals in need, including:
children and youth at risk who may have been abused or have nowhere else to go
single parents with no support
older men and women who have trouble making ends meet
those who are homeless
marginalised indigenous men, women and children
refugees looking for a better life
those who are going through drug and alcohol rehabilitation
women who are escaping domestic violence; and
families with low incomes who need help to get by.

It's safe to donate.
Members of the community who donate food to charities are protected from civil liability.
Food donors in New South Wales are protected from civil liability under Part 8A of the Civil Liability Act 2002 (NSW).
In general, this Act protects food donors from civil liability where food is donated for a charitable purpose with the intention that the consumer will not have to pay for the food, and where the food was safe to consume at the time of donation."

So, anyone keen to start a KL chapter?

Read more...

How to Find New Business Ideas in Everyday Life

>> Wednesday, January 16, 2013

This article is from Entrepreneur.com:

 The idea for Disneyland’s Magic Kingdom was born on a family vacation. Walt Disney was visiting Tivoli Gardens, one of Europe’s oldest amusement parks, when he realized he could create a bigger, better version in California. His method is not unusual: Great entrepreneurs find new business ideas by paying attention to opportunities in everyday life.

"The world around you is filled with ideas that can be useful," says Andy Boynton, co-author of The Idea Hunter (Jossey-Bass, 2011).

None of those ideas will come to you by thinking really hard in a vacuum. You have to get out in the world and practice behaviors that lead you to new ideas. "Innovation is not about how smart you are; it's about the hunt for ideas," Boynton says. "Behavior trumps IQ."

By learning to think and act in ways that bring new opportunities to light, you can find a constant stream of business ideas in everyday life. Here are three tips to help you find inspiration in the world around you.

1. Keep a list of opportunities. "At any given time, there's a job that has to get done," Boynton says, meaning the world is full of problems that need to be solved. As you go about daily life, keep a running list of jobs that others have abandoned, ignored, or failed to address effectively. Each is a potential opportunity.

"Start with your own experience," Boynton says. Ask yourself, what bugs me? What could be easier? More fun? More convenient? Your own frustrations will guide you to real problems that can drive a new business idea.

2. Hunt for ideas in diverse places. New ideas require creativity, which thrives on novelty and diversity. You might find a great idea while you’re on vacation or unexpected inspiration in an experimental art exhibit. "If you open your eyes, the answer is there," Boynton says. "But your world has to be broad enough and diverse enough to feed you the ideas you need."

Your search needs to be intentional. "When effective idea hunters talk to people, they’re not just going through a social dance," Boynton says. They're looking to learn what others know or do -- mining the world around them for useful ideas.

3. Notice how others solve business problems. In any situation, you are surrounded by problems that someone has tried to solve. Each is an opportunity to learn. Start noticing how convenience stores organize inventory, how packaging catches your eye, or how Amazon encourages impulse buys. You might find a better way to solve the same problem or inspiration for solving a different problem.
"You really can borrow and reuse ideas, and reapply them," Boynton says. "If you develop a mental habit of [noticing others' solutions], it opens your eyes to what's out there."

Read more...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP