Sejuta Impian

>> Friday, September 23, 2011

Siapa ada menonton dan mengikuti program realiti ini? Program ini disiarkan di TV3 setiap Ahad jam 7.30 hingga 8 malam selama 20 program. Dana berjumlah sejuta ringgit disumbangkan oleh Dana Belia 1Malaysia (di bawah 1MDB iaitu 1Malaysia Development Berhad) manakala pembikinan program pula ditaja oleh TM.

Memetik kata En. Radhi Mohamad (1MDB) dalam press release TV3, “DB1M merupakan satu platform untuk menggalakkan para belia menyumbang kembali kepada komuniti melalui idea-idea penuh inovatif.”

Dalam satu rancangan yang saya sempat tengok beberapa minggu lepas, impian-impian yang ditunaikan adalah seperti berikut:

-Menyewa/membawa peralatan muzik dan audio ke bandar atau pekan di Sabah untuk mencari bakat muzik baru
-Menganjurkan kelas bahasa asing untuk pemandu teksi di Langkawi bagi membantu industry pelancongan
-Membangunkan modul pendidikan mengenai kesedaran isu alam sekitar untuk disampaikan kepada Kementerian Pendidikan
-Menganjurkan kursus motivasi untuk pelajar sekolah bermasalah dengan membina ‘penjara mini’

Lagi satu saya tidak ingat, tapi saya pasti ada lima impian yang telah ‘ditunaikan’ kesemuanya. Setiap pemohon meletakkan jumlah melebihi RM10 ribu (maksimum RM30 ribu) tetapi yang diluluskan kesemuanya maksimum RM10 ribu. Sejuta dibahagi 20 program dibahagi lima pemohon jadilah RM10 ribu.

Kalau saya jadi peserta, saya akan memohon dana RM10 ribu untuk membangunkan sistem tusyen online percuma untuk semua pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia. Ya, memang akan ada ramai pihak tidak suka dengan impian saya ini iaitu syarikat-syarikat dan pengedar mereka yang memasarkan program-program tusyen online berbayar. Saya sebenarnya langsung tidak tahu (clueless) berapa jumlah dana yang diperlukan untuk projek ini sebab saya tidak pernah buat research betul-betul, jadi letak saja RM10 ribu sebagai ballpark figure.

Apa pula impian anda?

Read more...

Dan pemenangnya ialah ....

>> Monday, September 12, 2011

Terima kasih kerana sabar menanti.

Saya baru membuat cabutan nombor menggunakan website random.org.

Dan pemenang untuk giveaway pertama Mesra Idea ialah ...



13. Miraedo92

Tahniah!
Harap cik Miraedo92 dapat e-mel saya di emel.siti@ gmail.com segera.

Read more...

Senarai peserta dan wishlist mereka

>> Wednesday, September 7, 2011

Berikut merupakan senarai peserta giveaway pertama Mesra Idea dan wishlist mereka. Wishlist yang saya suka, saya tandakan dengan *. Sesiapa yang ada buat blog entry tapi tiada dalam senarai ini, harap dapat tinggalkan komen atau e-mel saya segera.

ADA DALAM COMMENT BOX

1. Joel Leslie
- Handphone yang ada application untuk detect barang hilang (macam GPS)
- Kasut tahan lasak, panas, sejuk, yang boleh urut kaki

2. Nureen
- Kad kredit yang tak payah bayar

3. Nur Afirah
- Kereta yang boleh terbang

4. The Giveawaystuff
- Kereta yang boleh drive sendiri

5. Mama Syima
- Kereta yang ikut semua arahan pemilik, termasuk boleh terbang

6. Tiefazatie
- Mesin buat kek automatik, cuma masuk bahan-bahan dan tunggu siap
- Robot yang boleh ajar buat homework

7. Azatiesayang
- *Mesin yang boleh lipat dan gosok baju
- *Alat penyejuk badan peribadi (mobile)
- Kereta canggih pelbagai fungsi boleh guna di laut, udara, dan darat

8. Fadzillah Kamarudin
- Kereta yang boleh drive sendiri

9. CikMisi
- Pintu suka hati Doraemon

10. Cik Rose Cute
- Komputer touch screen

11. Cikpuanhady
- Kereta yang boleh tukar jadi motor bila nak menyelit, dan tukar balik jadi kereta bila hujan
- Gajet yang boleh tukar saiz handphone kepada laptop (and vice versa) as needed

12. Ummu huraiyah
- *Mesin pencuci cermin mata automatik

13. Miraedo92
- Cooker machine untuk masak pelbagai makanan (cuma letak bahan)
- *Vending machine buku
- Pen serbaguna (ada sekali dengan cecair pemadam, pendrive, dan voice recorder)

14. Nida
- Motosikal yang tidak menggunakan minyak petrol sebagai bahan api dan boleh dilipat serta ringan
- Jam yang ada fungsi tv, komputer dan internet
- Mesin masa yang boleh undur masa

15. IntaNberliaN
- *Mesin kupas kulit bawang

16. Seputihsalju
- Mesin lipat baju
- Mesin cabut rumput

17. Hartini
- Handphone tahan lasak walau jatuh beratus kali
- Alat penimbang berat dan scanner beg yg rendah (1 cm dari aras lantai)

18. Ayulestari_aishiteru
- Buku dan pen ajaib (apa yang dilukis jadi kenyataan)
- Mesin basuh baju terus kering dan siap berlipat
- Robot pintar
- Sejadah Aladin (tikar terbang)
- Vakum serbaguna

TIADA DALAM COMMENT BOX

19. Rosmiza Ali
- produk kesihatan/kecantikan

20. Aida
- spreadsheet tool yang mempunyai function copy & paste different cells (yang dipilih di row & column yang berbeza) secara serentak
- financial analysing tool untuk mengeluarkan dynamic report (seperti Essbase, tapi made in Malaysia supaya lebih murah)
- persekitaran pejabat yang kreatif
- *sekolah untuk anak-anak saya tidak terlalu rigid dan mengadaptasi model sekolah di negara maju seperti Sweden / UK untuk memberikan rangsangan minda kanan & kiri

21. Tinidewi
- mesin basuh kasut sekolah
- *mesin membancuh susu botol

Read more...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP