Sejuta Impian

>> Friday, September 23, 2011

Siapa ada menonton dan mengikuti program realiti ini? Program ini disiarkan di TV3 setiap Ahad jam 7.30 hingga 8 malam selama 20 program. Dana berjumlah sejuta ringgit disumbangkan oleh Dana Belia 1Malaysia (di bawah 1MDB iaitu 1Malaysia Development Berhad) manakala pembikinan program pula ditaja oleh TM.

Memetik kata En. Radhi Mohamad (1MDB) dalam press release TV3, “DB1M merupakan satu platform untuk menggalakkan para belia menyumbang kembali kepada komuniti melalui idea-idea penuh inovatif.”

Dalam satu rancangan yang saya sempat tengok beberapa minggu lepas, impian-impian yang ditunaikan adalah seperti berikut:

-Menyewa/membawa peralatan muzik dan audio ke bandar atau pekan di Sabah untuk mencari bakat muzik baru
-Menganjurkan kelas bahasa asing untuk pemandu teksi di Langkawi bagi membantu industry pelancongan
-Membangunkan modul pendidikan mengenai kesedaran isu alam sekitar untuk disampaikan kepada Kementerian Pendidikan
-Menganjurkan kursus motivasi untuk pelajar sekolah bermasalah dengan membina ‘penjara mini’

Lagi satu saya tidak ingat, tapi saya pasti ada lima impian yang telah ‘ditunaikan’ kesemuanya. Setiap pemohon meletakkan jumlah melebihi RM10 ribu (maksimum RM30 ribu) tetapi yang diluluskan kesemuanya maksimum RM10 ribu. Sejuta dibahagi 20 program dibahagi lima pemohon jadilah RM10 ribu.

Kalau saya jadi peserta, saya akan memohon dana RM10 ribu untuk membangunkan sistem tusyen online percuma untuk semua pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia. Ya, memang akan ada ramai pihak tidak suka dengan impian saya ini iaitu syarikat-syarikat dan pengedar mereka yang memasarkan program-program tusyen online berbayar. Saya sebenarnya langsung tidak tahu (clueless) berapa jumlah dana yang diperlukan untuk projek ini sebab saya tidak pernah buat research betul-betul, jadi letak saja RM10 ribu sebagai ballpark figure.

Apa pula impian anda?

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP