I vote for content with values
>> Friday, April 26, 2013
Ada di antara kita yang mengeluh tentang genre filem tempatan yang diterbitkan, tidak menepati selera dan kehendak kita. Balik-balik cerita hantu, cerita gengster/rempit, cerita cinta. Bagi saya, filem-filem bergenre sebegini berterusan diterbitkan, kerana mereka memang ada peminat tersendiri. Dengan kata lain, filem-filem ini memang berupaya memberi pulangan kepada penerbit. Namun, harus diingat, kelompok pengguna yang menonton filem di pawagam hanyalah satu subset kecil daripada keseluruhan pengguna yang menonton filem. Ramai sahaja penonton filem yang tidak pergi ke pawagam, atas banyak sebab, antaranya prinsip peribadi tidak mahu ke pawagam (dikaitkan dengan budaya kurang baik), lokasi pawagam jauh (tidak convenient), sukar mencari masa, tidak family-friendly (tidak sesuai bawa anak-anak kecil) dan pelbagai lagi.
Pada pendapat saya, sudah tiba masanya bagi satu saluran pengagihan (distribution channel) yang baru diwujudkan, bagi membolehkan lebih ramai pengguna, memilih corak pengisian with (content) yang mereka mahukan. Namun, pada zaman internet ini, seharusnya peluang bagi pengguna 'memilih dengan poket' (voting with their wallet) terbuka lebih luas dengan cara video streaming. Dengan bertambahnya permintaan pengguna untuk 'hiburan bermanfaat', saya mengharapkan lebih banyak 'content with values' akan diterbitkan dan seterusnya dapat membangunkan masyarakat.
Begini cadangan saya:
Saya rasa, suasana sudah semakin kondusif bagi mewujudkan portal ini:
Sedar mahu pun tidak, kita dipengaruhi oleh media yang kita consume - sama ada yang kita baca, dengar mahu pun tonton. Selama ini kita mengimport budaya daripada Hollywood, Hong Kong, Bollywood, dan akhir-akhir ini banyak juga daripada Korea, Indonesia, dan Filipina. Sudah tiba masanya kita mengeksport budaya kita (yang baik-baik) pula ke luar, insya-Allah.
Read more...
Pada pendapat saya, sudah tiba masanya bagi satu saluran pengagihan (distribution channel) yang baru diwujudkan, bagi membolehkan lebih ramai pengguna, memilih corak pengisian with (content) yang mereka mahukan. Namun, pada zaman internet ini, seharusnya peluang bagi pengguna 'memilih dengan poket' (voting with their wallet) terbuka lebih luas dengan cara video streaming. Dengan bertambahnya permintaan pengguna untuk 'hiburan bermanfaat', saya mengharapkan lebih banyak 'content with values' akan diterbitkan dan seterusnya dapat membangunkan masyarakat.
Begini cadangan saya:
- Bangunkan portal untuk streaming video content, boleh jadi filem, telemovie, drama bersiri, filem pendek mahupun animasi. Penerbit kekal sebagai owner kepada content ini, bukan pemilik portal membeli hakcipta. Portal ini hanya bertindak sebagai platform pengagihan.
- Portal dibangunkan oleh sekumpulan individu (syarikat) yang independent, iaitu bukan mewakili kepentingan mana-mana penerbit atau saluran televisyen. Mereka haruslah jelas dengan matlamat membangunkan masyarakat sebagai salah satu misi, oleh itu mereka bertindak sebagai gatekeeper atau panel penilai dalam menyaring video yang selari dengan matlamat ini.
- Platform ini dibuka bukan sahaja kepada penerbit 'tradisional'/besar/established tetapi juga kepada penerbit amatur/independent. Namun, pemilik portal harus bertindak sebagai penapis yang memastikan hanya content berkualiti yang ditawarkan kepada pengguna (bagi memelihara kepercayaan pengguna), dan penerbit pula harus sedar risiko kewangan yang diambil sekiranya menerbitkan sesebuah content tanpa jaminan sama ada ia bakal diterima oleh pengguna atau tidak.
- Portal ini tidak perlu dijenamakan sebagai Islamik, cukuplah sekadar 'content with values'. Isi kandungannya tidak semestinya perlu berkenaan Islam tetapi juga memberikan pilihan video yang mempunyai pengajaran yang baik. Maka, pasaran pengguna yang disasarkan tidak terhad, malah terbuka. Saya percaya ramai kelompok komuniti di luar sana yang sukakan content yang membina.
- Portal ini bersifat capaian global. Content berasal dari banyak negara, pengguna juga dari serata dunia.
- Harga murah. Sebagai contoh, Netflix menawarkan streaming tanpa had (unlimited hours) dengan bayaran subscription sebanyak 8 dollar sebulan sahaja. Bandingkan ini dengan harga tiket pawagam di USA lebih kurang 8-10 dollar. Jadi, sebagai pengguna, saya secara peribadi berasakan RM10 bagi setiap filem lebih kurang dua jam adalah harga yang munasabah. Namun, tidak dinafikan Netflix mempunyai kelebihan capaian pengguna yang lebih ramai, namun ini juga tidak mustahil sekiranya target audien tidak dihadkan kepada Malaysia.
- Sistem unlimited hours mungkin sedikit kurang bersesuaian dengan konsep 'penerbit sebagai owner, portal cuma sebagai saluran', jadi pay per content mungkin lebih sesuai.
- Portal boleh mewujudkan sistem kredit bagi mengurangkan jumlah transaksi, contohnya, minimum topup RM50 yang boleh digunakan pengguna apabila dia memilih content untuk streaming.
- Portal dibina dengan memasukkan elemen media sosial di dalamnya. Pengguna yang mendaftar sebagai user boleh memberi rating dan review kepada content, berinteraksi di ruangan forum bagi membincangkan content, memberi recommendation, malah memberi cadangan cerita atau plot kepada penerbit. Komunikasi dua hala yang menjadi kelebihan internet dan tidak ditawarkan oleh medium tradisional, menjadi kelebihan yang harus dimanfaatkan, termasuklah menggunakan 'crowdsourcing'. Malahan, penerbit juga mempunyai opsyen bagi mendapatkan sokongan kewangan melalui 'crowdfunding'.
Saya rasa, suasana sudah semakin kondusif bagi mewujudkan portal ini:
- Infrastruktur dan teknologi tersedia, termasuklah capaian jalur lebar yang lebih meluas dan peratusan penggunaan gajet pintar (smartphone & tablet) yang tinggi
- Budaya dan gaya hidup semakin cenderung memilih internet sebagai medium kerana lebih fleksibel dan mudah - di mana sahaja, bila-bila sahaja.
- Internet meliberalisasi banyak industri, merendahkan 'barrier of entry' bagi penggiat atau pengamal, dan memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna.
- Ramai artis dan penggiat industri seni tanah air yang telah berhijrah. Maknanya, kita sudah ada bakat tersedia bagi melahirkan content berkualiti.
- Sudah banyak filem pendek yang dihasilkan oleh penerbit amatur yang bagus dan menarik. Sesetengahnya dihasilkan bagi tujuan berdakwah. Dengan adanya platform bagi memasarkan content terbitan mereka, ia akan menjadi insentif bagi mereka meningkatkan lagi tahap mereka.
- Banyak juga usaha bagi memartabatkan dan meningkatkan industri filem dan drama dakwah tempatan, contohnya program realiti 'Da'ie Script2Screen' yang bakal diterbitkan dan Pertandingan Filem Pendek Dakwah (kedua-duanya saya tahu daripada penulis skrip Zabidi Mohamed). Anugerah Media Islam Negara (AMIN) pula elok diadakan setiap tahun.
Sedar mahu pun tidak, kita dipengaruhi oleh media yang kita consume - sama ada yang kita baca, dengar mahu pun tonton. Selama ini kita mengimport budaya daripada Hollywood, Hong Kong, Bollywood, dan akhir-akhir ini banyak juga daripada Korea, Indonesia, dan Filipina. Sudah tiba masanya kita mengeksport budaya kita (yang baik-baik) pula ke luar, insya-Allah.